KAYUHAN AMAL MAHABBAH CYCLING 2019

Shah Alam, 22 Februari 2018 : YIDE dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor akan menganjurkan program kayuhan amal pada 16 Mac 2019 sempena hari buah pinggang sedunia yang disambut pada bulan Mac setiap tahun di seluruh dunia dengan mengetengahkan tema ‘Gaya Hidup Sihat, Untuk Buah Pinggang Sihat’. Penganjuran kayuhan amal diadakan buat julung kalinya kerana tahun sebelumnya ini diadakan larian amal yang menghimpunkan lebih kurang 1,000 peserta yang terdiri daripada pesakit pesakit yang sedang menjalani rawatan dialisis dan juga mendapat sokongan daripada masyarakat awam serta agensi-agensi korporat. "Tahun ini YIDE menyasarkan 500 peserta berbasikal bagi program kayuhan amal ini. Objektif utama adalah untuk mengumpul dana bagi membiayai pembelian mesin-mesin hemodialisis yang baharu di Pusat Dialisis MAIS bagi menggantikan mesin lama yang sering mengalami kerosakan." Mesin sedia ada di 6 cawangan Pusat Dialisis MAIS sebanyak 48 buah yang menampung 270 orang pesakit keseluruhanya dan 9 buah mesin hemodialisis dan 4 RO Water perlu ditukar kerana tempoh usia mesin melebihi 10 tahun dan kerosakan sering berlaku dengan kos baikpulih yang tinggi sehingga menganggu proses rawatan saban hari. Mahabbah Cycling 2019 yang akan dilaksanakan pada 16 Mac 2019 turut mendapat perkenan DYTM Tengku Amir Shah, Raja Muda Selangor mencemar duli berangkat hadir.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *