8 Mac 2019- YIDE Bantu Rumah Anak Yatim Yang Dilanda Ribut

Yayasan Islam Darul Ehsan diketuai oleh Encik Nur Mohd Razali Abdullah, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif menyampaikan bantuan adhoc kepada 2 buah rumah kebajikan anak yatim yang bernaung dibawah NGO-I MAIS. YIDE dipertanggungjawab untuk mengetuai Kluster Kebajikan Anak Yatim. Rumahkasihharmoni Payajaras dan Asrama Damai Kuang dilanda ribut petang tadi. Kerosakan disebabkan angin kuat dan hujan lebat. Tiada kemalangan jiwa berlaku. YIDE turut mengalukan mana-mana rumah kebajikan anak yatim dalam negeri Selangor untuk mendaftar dengan YIDE agar dapat setiap sumbangan dapat disalurkan dengan sewajarnya. . Turut hadir Md Arifin Jaafar, Pengurus Operasi dan Muhammad Zubair Azizan, Eksekutif Hal Ehwal Kebajikan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *