27 Februari 2019- YIDE Ziarah Keluarga Mangsa Rentung Kemalangan di Slim River

Puchong, 27 Februari 2019: Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah mengadakan ziarah mahabbah kepada keluarga Allahyarham Mohamad Suhaimi Khamis iaitu mangsa yang rentung dalam kemalangan melibatkan tiga lori di Kilometer 372 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, dekat Slim River, pada Sabtu yang lalu.

Kunjungan diketuai oleh Pn. Nor Hafzam Mohamad dan En. Md Ariffin Jaafar, Pengurus Operasi YIDE. Turut hadir bersama En. Muhammad Zubair Azizan, Eksekutif Hal Ehwal Kebajikan YIDE.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Khatijah Abdul Karim, 36 tahun, yang sedang hamil tujuh bulan dan tiga anaknya termasuk pasangan kembar, Mohamad Amar, Mohamad Amir, 9 tahun, dan Nor Afiqah, 8 tahun.

YIDE menyerahkan bantuan wang tunai dan juga anak-anak Allahyarham YIDE daftarkan sebagai anak yatim dibawah kariah Masjid Nurul Huda, Puchong bagi menyelaraskan bantuan-bantuan khususnya sumbangan raya kelak.

YIDE mendoakan agar keluarga Allahyarham terus cekal dalam menghadapi dugaan yang diberikan oleh Allah S.W.T.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *