26 Jun 2018 - KG RINCHING TENGAH, HULU LANGAT, Skuad Yayasan Islam Daruk Ehsan di ketuai oleh Pengurus Operasi, En Md Arifin bin Jaafar menyalurkan sumbagan kepada mangsa kebakaran di sini. Kejadian kebakaran melibatkan dua (2) keluarga berbangsa melayu.
Menurut mangsa Puan Mardziyah binti Abdul Manaf, kejadian pada jam 2.30 petang semalam telah memusnahkan sebuah motosikal jenis yamaha dan sebuah lagi motosikal jenis suzuki milik jiran. Tiada kemalangan jiwa d laporkan. Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak berkuasa.