24 Januari 2018 – Taklimat Pendaftaran Anak Yatim Kepada Nazir-Nazir Masjid Daerah Gombak

GOMBAK, 24 Januari 2018 – Taklimat Pendaftaran Anak Yatim Negeri Selangor telah berlangsung di bilik Mesyuarat Haji Muhammad Syafie, Pejabat Agama Islam Daerah Gombak melibatkan Nazir-Nazir Daerah Gombak. Taklimat disampaikan oleh En. Muhammad Zubair dan fokus utama taklimat dijalankan adalah untuk memberi maklumat proses pendaftaran anak yatim Negeri Selangor dan Kupon Infaq Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE). YIDE adalah sebuah organisasi yang dipertanggungjawabkan oleh Majlis Agama Islam Selangor untuk menubuh, mengurus dan mengawal rumah kebajikan anak yatim berdasarkan punca kuasa Seksyen 7(2), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 203 dibawah sub-seksyen ,1. Seramai 8,007 orang anak yatim telah berdaftar di bawah YIDE dan seramai 1,031 orang anak yatim berdaftar didaerah Gombak pada tahun 2017. Turut hadir YBhg. Al Fadhil Ustaz Zainal Abidin Sulaiman, Pegawai Tadbir Agama, Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Gombak, En. Md. Ariffin bin Jaafar, Pengurus Operasi Yayasan Islam Darul Ehsan. Sebarang info berkaitan anak yatim boleh menghubungi En Muhammad Zubair di talian 017-7569476 untuk maklumat lanjut. #PrihatinKebajikanUmmah #AgensiMAIS #MemakmurNegeri #MemartabatBangsa

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *