Skip to content

WHISTLEBLOWING & ADUAN INTEGRITI YIDE 

 

Jika berlaku KELAKUAN TIDAK WAJAR atau PERLAKUAN RASUAH yang dikenalpasti, sila laporkan dengan segera. Identiti Pemberi maklumat akan dirahsiakan dan dilindungi dibawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010. Laporan anda diklasifikasikan sebagai sulit.

Sila hubungi Pegawai BADRI di talian 03-3345900 (Ext 124)

atau email : whistleblowing@yide.com.my

485140062_667458875968308_4076900689231644206_n

POLISI WHISTLEBLOWING

(ADUAN & PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT)

Merupakan satu kaedah di mana pendedahan (“Pendedahan”) dibuat oleh seseorang

(“Pemberi Maklumat”) berhubung apa-apa pelanggaran atau kesalahan di bawah Polisi,

Dasar, Manual Prosedur Kerja (MPK), Skim Penggajian Perkhidmatan YIDE (SPPY),

Peruntukan Undang-Undang dan Akta yang berkaitan yang digunapakai oleh YIDE.

 

📄 – POLISI WHISTLEBLOWING (ADUAN & PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT)

 

PERKARA YANG PERLU DILAPORKAN

 

Pemberi Maklumat hendaklah mengemukakan serta bukti selengkap mungkin untuk memastikan siasatan dapat dilaksanakan dengan sempurna dan adil. Maklumat-maklumat yang diperlu disertakan ketika aduan dibuat adalah seperti berikut:

1. Butiran setiap orang yang disyaki (OYD) terlibat dengan Kelakuan Tidak Wajar (Nama, Jawatan, Bahagian).

2. Jenis Kelakuan Tidak Wajar yang disyaki telah, sedang atau akan berlaku.

3. Tarikh dan masa Kelakuan Tidak Wajar yang disyaki telah, sedang atau akan berlaku.

4. Mana-mana mereka yang boleh menjadi saksi dan kaedah bagi YIDE menghubungi mereka; samaada dokumen, gambar, video, audio atau lain-lain bukti sokongan yang dapat membantu siasatan dan lain-lain maklumat yang diketahui atau dipercayai yang telah, sedang atau akan berlaku yang dapat membantu siasatan.

Nota : Aduan atau laporan yang diterima tanpa disertakan Maklumat Peribadi Pemberi Maklumat hanya akan dinilai dan diambil tindakan sekiranya butiran di dalam aduan dapat mengesahkan wujudnya elemen Kelakuan Tidak Wajar. Maklumat Aduan Dan Maklumat Pemberi Maklumat adalah diklasifikasikan sebagai MAKLUMAT SULIT

E-BORANG WHISTLEBLOWING DAN ADUAN INTEGRITI YIDE

WhatsApp Image 2025-07-02 at 16.39.50
BAHAGIAN AUDIT DALAM, RISIKO & INTEGRITI (BADRI)
YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN (YIDE)

No.3, Jalan Keluli Am7/Am,
Taman Perindustrian Bukit Raja Selatan,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam,
Selangor, Malaysia.

Tel: 03-3345 900 (124)
Email: whistleblowing@yide.com.my