Skip to content

Tentang Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE)

Yayasan Islam Darul Ehsan merupakan sebuah Institusi Kebajikan yang diamanahkan oleh Majlis Agama Islam Selangor untuk menyantuni anak-anak yatim dan golongan sasar yang memerlukan di negeri Selangor.

Latar Belakang

Yayasan Islam Darul Ehsan ditubuhkan di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) seawal tahun 2011, di mana DYMM Sultan Selangor ketika itu melawat mangsa kejadian tanah runtuh yang melibatkan Rumah Anak Yatim Al-Taqwa, Hulu Langat. Atas keprihatinan tersebut, MAIS telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan entiti Yayasan Islam Darul Ehsan bagi tujuan mencakna akan keprihatinan kepada anak-anak yatim di negeri Selangor.

Berdasarkan Mesyuarat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Bil 3/2011 pada 12 Jun 2011 telah diluluskan usul mengenai penubuhan Yayasan ini yang dikenali sebagai Yayasan Islam Darul Ehsan setelah mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor. Pihak MAIS telah memutuskan juga agar segala urusan dan tugasan berkaitan Yayasan ditadbir oleh Kumpulan MAIS Corporation (KMC), anak syarikat milik penuh MAIS bagi menguruskan hal-ehwal Yayasan. Pendaftaran Yayasan telah diluluskan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 20 Julai 2012 dan mula beroperasi pada 25 September 2012.

Usaha pemantapan giat dijalankan bagi memastikan Yayasan ini di landasan yang betul dari perlaksanaannya supaya mengekalkan keutamaan di dalam Maqasid Syar’iyah iaitu penjaga Addin (agama), penjagaan An-Nafs (nyawa), penjagaan An-Nasl (keturunan), penjagaan Al-Aql (akal) dan penjagaan Al-Mal (harta). Buat permulaan, pihak pengurusan memberi penumpuan terhadap pengukuhan dan kestabilan pentadbiran agar perancangan-perancangan strategik dapat dirangka secara sistematik.

Perkara ini meliputi mewujudkan jalinan korporat di kalangan ‘stake holders’, merangka aktiviti-aktiviti berterusan yang berimpak seperti bantuan pendidikan dan bantuan kecemasan terhadap masyarakat jika berlaku malapetaka dan bencana alam mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Pada tahun 2013, Yayasan Islam Darul Ehsan telah mula mengorak langkah dengan mengambilalih dan mengurus selia enam (6) buah Pusat Dialisis MAIS yang sebelum ini di bawah pengurusan MAIS Dialisis Sdn Bhd. Asas penubuhan Pusat Dialisis MAIS adalah untuk menyediakan perkhidmatan rawatan dialisis yang berkualiti kepada pesakit buah pinggang.

Pada tahun 2014, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah memberi mandat kepada YIDE untuk melaksanakan Program Agihan Sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada anak-anak yatim di negeri Selangor semasa Majlis Ihya’ Ramadhan bersama DYMM Sultan Selangor sebagai aktiviti tahunan YIDE dan menguruskan semua hal-ehwal berkaitan anak-anak yatim negeri Selangor yang sebelum ini di bawah pengurusan Bahagian Harta Baitulmal, MAIS.

Kekuatan Yayasan Islam darul Ehsan (YIDE) sebahagian besarnya adalah hasil daripada aktiviti dan sumbangan dana masyarakat yang prihatin dengan keperluan keadaan sekeliling. Setiap sumbangan tersebut akan diberi pelepasan cukai pendapatan di bawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) berharap agar dapat melaksanakan kebajikan kepada masyarakat di negeri Selangor.

Objektif Penubuhan YIDE

 

1. Untuk menerima dan menguruskan dana serta bentuk bantuan bukan kewangan lain bagi meringankan penderitaan manusia, bantuan bencana, golongan anak yatim dan meningkatkan taraf hidup masyarakat akibat kemiskinan, bencana, faktor alam semula jadi, dan sebab-sebab yang lain.

2. Untuk menerima, menyediakan, dan menggunakan dana bagi menaja projek pendidikan dan kemahiran serta memupuk, membangun, dan meningkatkan tahap pendidikan dan kemahiran dalam pelbagai bidang demi memperbaiki taraf pendidikan dan kemahiran di negara ini, serta membantu mereka yang memerlukan, golongan anak yatim, golongan kurang bernasib baik atau miskin, supaya dapat memanfaatkan peluang untuk meningkatkan taraf hidup mereka melalui pendidikan dan/atau kemahiran.

3. Untuk menganjurkan, menjalankan dan menyokong skim untuk meningkatkan dan menambah baik perkhidmatan penjagaan kesihatan terutamanya dalam menyediakan pusat rawatan dialisis, perkhidmatan dan produk perubatan lain yang berkaitan, serta menawarkan dan menyediakan rawatan alternatif seperti bekam dan untuk menyediakan perkhidmatan latihan dan perundingan yang berkaitan dengan rawatan alternatif dan produk.

CARTA HAL EHWAL SELANGOR
CARTA HAL EHWAL SELANGOR

Visi

Menjadi sebuah Yayasan yang mendapat kepercayaan dalam menyantuni kumpulan sasar.

Misi

Menjalankan amanah secara efisien dan berintergriti.

Motto

Prihatin Kebajikan Ummah

Ahli Lembaga Pemegang Amanah YIDE

YBHG. TAN SRI MAZLAN BIN MANSOR PENGERUSI AHLI LEMBAGA PEMEGANG AMANAH ANGGOTA MAIS

Carta Jawatankuasa Utama

Kumpulan Pengurusan

Ibu Pejabat YIDE

NUR MOHD RAZALI BIN ABDULLAH PENGURUS BESAR YIDE FATIMAH BINTI LEMAN PENGURUS BAHAGIAN KEWANGAN YIDE MD ARIFIN BIN JAAFAR PENGURUS BAHAGIAN PERANCANGAN & PENGURUSAN YIDE NOR HAFZAM BINTI MOHAMMAD PENGURUS OPERASI BAHAGIAN PENGURUSAN DIALISIS YIDE MOHD AKMAL HAFSYAM BIN GHAZALI PENGURUS BAHAGIAN KORPORAT YIDE

Pusat Dialisis MAIS (PDM)

NOR AZLINDA BINTI RADZI KETUA JURURAWAT PUSAT DIALISIS MAIS, CAWANGAN SHAH ALAM NORHIDAYU BINTI MUKHTAR KETUA JURURAWAT PUSAT DIALISIS MAIS, CAWANGAN KAPAR SALINA BINTI OSMAN KETUA JURURAWAT PUSAT DIALISIS MAIS, CAWANGAN SUNGAI BESAR ROSLINHAMI BINTI APANDI KETUA JURURAWAT PUSAT DIALISIS MAIS, CAWANGAN KUALA SELANGOR SITI SALIHA BINTI WALAT KETUA JURURAWAT PUSAT DIALISIS MAIS, CAWANGAN TAMAN MELAWATI MOHD IZZAT BIN M. KASSIM KETUA JURURAWAT PUSAT DIALISIS MAIS, CAWANGAN BUKIT JELUTONG

Carta Organisasi

Ibu Pejabat YIDE