Skip to content

Pusat Dialisis MAIS (PDM)

Yayasan Islam Darul Ehsan Menyediakan Perkhidmatan Hemodialisis Kepada Pesakit-Pesakit Yang Memerlukan di 6 Cawangan Pusat Dialisis MAIS seliaan YIDE di sekitar Negeri Selangor

 

Mulai tahun 2013, Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah menguruskan enam (6) buah Pusat Dialisis. Asas penubuhan Pusat Dialisis MAIS adalah untuk menyediakan perkhidmatan rawatan dialisis yang terbaik yang diiktiraf oleh ‘Malaysian Society for Quality in Health’ (MSQH) di samping mesra muslim kepada semua pesakit yang mengalami masalah kegagalan fungsi buah pinggang.

Jumlah pesakit buah pinggang semakin meningkat dari tahun ke tahun dan kos rawatan dialisis juga antara kos  rawatan yang tinggi di mana setiap pesakit perlu mendapatkan rawatan 3 kali seminggu. Sebahagian besar dari mereka terdiri dari golongan kumpulan B40 dan kurang berkemampuan. 

Adalah menjadi rutin pesakit buah pinggang untuk hadir mendapatkan rawatan setiap sesi memandangkan rawatan ini merupakan salah satu kaedah membantu kelangsungan kesihatan mereka yang mengalami degenarative decease.

YIDE mengambil inisiatif untuk membantu memberi rawatan dialisis ini kepada pesakit-pesakit buah pinggang yang memerlukan di keenam-enam Pusat Dialisis MAIS (PDM) di bawah seliaan YIDE di negeri Selangor.

  • PDM Cawangan Shah Alam
  • PDM Cawangan Bukit Jelutong
  • PDM Cawangan Kapar
  • PDM Cawangan Sungai Besar
  • PDM Cawangan Kuala Selangor
  • PDM Cawangan Taman Melawati

Sebanyak RM500,000 diperlukan setiap tahun bagi membiayai kos rawatan pesakit dialisis yang kurang berkemampuan dan membiayai ujian darah serta ubat ubatan yang diperlukan oleh setiap pesakit.

Selain itu juga, infaq yang diberikan oleh orang ramai juga akan digunakan untuk membeli mesin-mesin hemodialisis dan peralatan klinikal yang telah rosak untuk digantikan dengan yang baru.

6 buah

jumlah cawangan yang dikendalikan

270 orang

jumlah pesakit buah pinggang 2025

RM500,000

diperlukan setiap tahun

PDM Bukit Jelutong

Masjid Tengku Ampuan Jemaah,
Bukit Jelutong, Jalan Bazar 48/98,
Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-7831 9761
Email: pdmbukitjelutong@yahoo.com

PDM Kuala Selangor

No. 31 & 33, Jalan Bendahara 1/2, Taman Bendahara
45000 Kuala Selangor,
Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-3289 6806
Email: kualaselangoryide09@yahoo.com

PDM Shah Alam

Lot 2G13-2G16, Wisma MAIS,
Jalan RU 2/9A, Seksyen 3,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-5512 0541
Email: shahalamyide@yahoo.com 

PDM Kapar

Masjid Haji Abdullah Umar
Batu 4, Jalan Kapar,
41300 Klang,
Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-3290 6740
Email: dmaiskpr@yahoo.com

PDM Sungai Besar

No. 17 & 19, Jalan Perwira 2, Taman Perwira
45300 Sungai Besar,
Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-3224 1262
Email: sungaibesaryide@yahoo.com

PDM Taman Melawati

No. 336 & 337, Jalan Serawak,
Melawati Urban 1, Taman Melawati,
53100 Hulu Klang,
Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-4108 8361
Email: tamanmelawatiyide@gmail.com