Skip to content

Audit, Risiko & Integriti (BADRI)

STRUKTUR MESYUARAT JAWATANKUASA AUDIT, RISIKO & INTEGRITI

FUNGSI AUDIT, RISIKO & INTEGRITI (BADRI)

POLISI INTEGRITI YIDE
Polisi Integriti YIDE
 
1. Polisi Anti Rasuah

Dibangunkan sebagai satu usaha dalam memerangi perlakuan rasuah, penyalahgunaan kuasa atau penyelewengan. Polisi ini juga merupakan penambahbaikan kepada usaha-usaha sedia ada Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dalam mengatasi kelemahan tadbir urus (governans) dan pelanggaran integriti.

2. Polisi Hadiah & Hospitaliti / Keraian

Diwujudkan sebagai rujukan, panduan dan makluman kepada Wargakerja YIDE mengenai Penerimaan dan Pemberian Hadiah dan Hospitaliti/ Keraian dikalangan Wargakerja YIDE dan pihak yang berurusandengan YIDE secara keseluruhannya.

3. Konflik Kepentingan

Untuk membantu dan memudahkan kaedah pelaksanaan Tatacara Mencukupi Seksyen 17(A) Akta SPRM 2009 bagi mengatasi kelemahan tadbir urus governans dan pelanggaran integriti serta mencegah daripada berlakunya konflik kepentingan, rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan di YIDE. 

4. Polisi Whistleblowing (Aduan & Perlindungan Pemberi Maklumat)

Merupakan satu kaedah di mana pendedahan ("Pendedahan") dibuat oleh seseorang ("Pemberi Maklumat") berhubung apa-apa pelanggaran atau kesalahan di bawah Polisi, Dasar, Manual Prosedur Kerja (MPK), Skim Penggajian Perkhidmatan YIDE (SPPY), Peruntukan Undang-Undang dan Akta yang berkaitan yang digunapakai oleh YIDE. 

5. Polisi Perlindungan Data Peribadi (PDP)

Pusat Dialisis MAIS seliaan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) merupakan pemegang Sijil Perakuan Perlindungan Data Peribadi daripada Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) bagi pemprosesan data peribadi pesakit dialisis di seluruh 6 Pusat Dialisis MAIS (PDM) dibawah kategori kesihatan.

Pusat Dialisis MAIS seliaan Yayasan Islam Darul Ehsan komited untuk melindungi data peribadi pesakit-pesakit yang menjalani rawatan dialisis di Pusat Dialisis MAIS seliaan Yayasan Islam Darul Ehsan supaya tidak disalahguna dan disalahpakai oleh mana-mana pihak yang berkepentingan.

Diluluskan oleh

Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah YIDE Bil.02/2024

Bertarikh : 2 Julai 2024

PELAN ANTI RASUAH YIDE 2024 - 2026 (OACP)
Muat turun Pelan Antirasuah Organisasi OACP YIDE 2024-2026

LAPORAN TAHUNAN BAHAGIAN AUDIT DALAM, RISIKO & INTEGRITI (BADRI)
LAPORAN BADRI TAHUN 2024

PEGAWAI INTEGRITI BERTAULIAH (CEIO) YIDE

PENDAFTARAN CACD KEPADA AHLI MJKARI & AIIA KEPADA PEGAWAI BADRI YIDE