Skip to content


PUSAT DIALISIS LZS-YIDE DI MASJID AR-RAUDHAH
PUNCAK PERDANA

Penubuhan pusat dialisis ini adalah bertujuan untuk membantu dan memberi rawatan hemodialisis kepada pesakit-pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang khususnya di kawasan Puncak Perdana dan di sekitar Shah Alam secara amnya.

Pembinaan pusat dialisis yang baharu ini akan menambah lagi kapasiti dalam menyantuni dan memberikan rawatan kepada lebih ramai pesakit buah pinggang serta menerima rawatan yang terbaik, mesra pelanggan dan berkualiti.

Melalui keputusan Mesyuarat ALPA Bil. 1/2023, telah bersetuju cadangan kerjasama strategik bagi membangunkan pusat dialisis baru di Masjid Ar-Raudhah, Puncak Perdana dengan Lembaga Zakat Selangor (MAIS). Pihak LZS turut memberikan modal awalan untuk pembangunan projek ini demi membantu asnaf di bawah tajaan LZS manakala Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) juga telah memperuntukkan dana melalui Wakaf Selangor Muamalat.

Untuk permulaan pengoperasian, Jumlah mesin dialisis adalah sebanyak 6 unit, yang boleh menampung seramai 36 orang pesakit yang akan menjalani rawatan hemodialisis sebulan. Kapasiti mesin boleh ditambah sehingga 12 unit mengikut jumlah pertambahan pesakit akan datang.

Pembangunan pusat dialisis ini dijangka siap sepenuhnya pada April 2026 dan beroperasi sepenuhnya pada Oktober 2026.

Kos keseluruhan pembangunan projek ini adalah berjumlah RM4.1 juta, baki dana yang diperlukan adalah sebanyak RM642,000.

MAJLIS PELANCARAN PUSAT KOMUNITI DAN RAWATAN DIALISIS DI MASJID AR RAUDHAH, SEKSYEN U10, PUNCAK PERDANA
 
PUNCAK PERDANA, 15 Januari 2024 – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan strategik yang terlibat iaitu Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Lembaga Zakat Selangor (LZS), Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Masjid Ar Raudhah Seksyen U10, Puncak Perdana atas kebersamaan dalam perancangan penubuhan Pusat Komuniti dan Rawatan Dialisis di Masjid Ar Raudhah Seksyen U10 yang dijangka siap pada tahun 2025.
 
Pusat Komuniti dan Rawatan Dialisis ini dapat memberi manfaat kepada komuniti sekitar dan juga pesakit-pesakit buah pinggang yang kurang berkemampuan.
 
Inisiatif ini adalah menifes keprihatinan MAIS dalam mencakna keperluan ummah di negeri Selangor manakala YIDE pula berperanan untuk melengkapkan inisiatif tersebut melalui pengurusan dalam menyediakan rawatan dialisis kepada mereka yang memerlukan. Manakala dengan penglibatan LZS dan PWS ianya memperkukuhkan lagi gerak kerja penubuhan Pusat Komuniti dan Rawatan Dialisis di Masjid Ar Raudhah Seksyen U10 ini.
 
Majlis pelancaran ini disempurnakan bersama oleh YBrs. Tuan Haji Zainal Abidin Bin Shaik Zakaria, Nazir Masjid Ar Raudhah Seksyen U10, YBrs. Professor Dr. Azreen Syazril Bin Adnan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) YIDE, YBrs. En. Mohd Sabrin Bin Mohd Sarbini, Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Zakat Selangor (LZS), YBrs. Ustaz Anuar Hamzah Bin Tohar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), YBrs. En. Nur Mohd Razali Bin Abdullah, Pengurus Besar YIDE dan wakil dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
 
Majlis pelancaran ini juga turut dimeriahkan dengan pengisian ilmiah oleh YBrs. Al Fadhil Ustaz Don Daniyal Don Biyajid dengan tajuk ‘Wakaf, Saham Akhirat Anda’.
 
Semoga inisiatif projek ini terus menjadi mercu tanda kecemerlangan dalam menyantuni kebajikan ummah di negeri Selangor.

SENARAI FASILITI

  • Pusat Rawatan Dialisis (12 unit mesin dialisis)
  • Kiosk / Ruang Kafe
  • Bilik Kuliah
  • Bilik Serbaguna

LOKASI PROJEK

Tanda Tempat (Landmark):

  • Berdekatan UiTM Puncak Perdana.
  • Lebuhraya DASH.

Lokasi Tapak Cadangan :

  • Berada di sebelah kanan masjid.
  • Dihubungkan dengan akses laluan pejalan kaki berbumbung daripada pintu utama masjid.
  • Berdekatan dengan ruang parkir kereta.

Progres Pembinaan Pusat Dialisis Puncak Perdana

Jumlah dana terkumpul RM3.4 juta (31 Julai 2025)
Baki diperlukan RM642 ribu 84%

Setiap sumbangan anda layak mendapat pelepasan cukai di bawah subseksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967

(No LHDN, 01/35/42/51/179-6-7622)