Skip to content


PUSAT DIALISIS KLIA, MASJID SULTAN ABDUL SAMAD, SEPANG

Penubuhan pusat dialisis ini adalah bertujuan untuk membantu dan memberi rawatan hemodialisis kepada pesakit-pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang khususnya di daerah Sepang.

Pembinaan pusat dialisis yang baharu ini akan menambah lagi kapasiti dalam menyantuni dan memberikan rawatan kepada lebih ramai pesakit buah pinggang serta menerima rawatan yang terbaik, mesra pelanggan dan berkualiti.

Melalui keputusan Mesyuarat ALPA Bil. 1/2023, telah bersetuju cadangan kerjasama strategik bagi membangunkan pusat dialisis baru di Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA dengan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB). Pihak MAHB turut memberikan modal awalan untuk pembangunan projek ini.

Jumlah mesin dialisis adalah sebanyak 8 unit, yang boleh menampung seramai 48 orang pesakit yang akan menjalani rawatan hemodialisis dalam masa sebulan.

Pembangunan pusat dialisis ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2027 dan beroperasi sepenuhnya pada tahun tersebut.

Kos keseluruhan pembangunan projek ini adalah berjumlah RM1.8 juta, baki dana yang diperlukan adalah sebanyak RM1.4juta.

MAJLIS MENANDATANGANI DOKUMEN USAHASAMA PEMBINAAN PUSAT DIALISIS MASJID SULTAN ABDUL SAMAD KLIA ANTARA YIDE DAN MAHB
 
28 Jun 2024, Sepang-Majlis Menandatangani Dokumen Usahasama Pembinaan Pusat Dialisis Masjid Sultan Abdul Samad KLIA antara YIDE dan MAHB telah berlangsung dengan sempurna bertempat di Perkarangan Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA, Sepang.
 
Majlis ini dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Mazlan bin Mansor, Pengerusi YIDE, YBrs. En. Mohamed Rastam Shahrom, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports, YBrs. En. Mohamad Arif Jaafar, Pengurus Besar Kanan Malaysia Airports (Sepang) merangkap Nazir Masjid Sultan Abdul Samad KLIA, YBrs. En. Mohamad Azri Mohamad Rashad, Pengerusi Airlines Operator Committee (AOC) KLIA dan Ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah YIDE.
 
YIDE merakamkan setinggi-tinggi penghargaan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) Malaysia Airports atas kerjasama dan dalam usaha untuk merealisasikan pembinaan pusat dialisis ini.
 
Penubuhan pusat dialisis ini adalah bertujuan untuk membantu pesakit buah pinggang di khususnya di daerah Sepang.
 
Pembinaan pusat dialisis yang baharu ini akan menambah lagi kapasiti kita dalam menyantuni dan memberikan rawatan kepada lebih ramai pesakit buah pinggang serta menerima rawatan yang terbaik, mesra pelanggan dan berkualiti.
 

SENARAI FASILITI

  • Pusat Rawatan Dialisis (8 unit mesin dialisis)
  • Pantri
  • Bilik Konsultasi

LOKASI PROJEK

Tanda Tempat (Landmark) :

  • Berdekatan Malaysia Airport Holding Berhad.
  • Movenpick Hotel & Convention Center.
  • Kompleks Tabung Haji balai polis KLIA.

Lokasi Tapak cadangan :

  • Berada di sebelah kiri masjid.
  • Dihubungkan dengan akses laluan pejalan kaki berbumbung daripada pintu utama masjid.
  • Berdekatan dengan ruang parkir kereta.
  • Berada di sebelah taman permainan dan gazebo.
Jumlah dana terkumpul RM371 Ribu (31 Julai 2025)
Baki diperlukan RM1.4 Juta 21%

Setiap sumbangan anda layak mendapat pelepasan cukai di bawah subseksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967

(No LHDN, 01/35/42/51/179-6-7622)