Infaq Dana Anak Yatim
“Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua jari ini (Nabi SAW mengisyaratkan dengan dua jari Baginda SAW) di syurga”. (Riwayat Muslim no. 2983).
YIDE telah dipertanggungjawabkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sebagai Penyelaras Kluster Kebajikan Anak-Anak Yatim di Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Pembangunan NGO-I MAIS untuk menyantuni dan mengawal selia sebanyak 32 buah rumah kebajikan anak yatim yang berdaftar dibawah YIDE dan YIDE juga telah menyantuni anak yatim dengan menyerahkan bantuan sumbangan hari raya kepada anak yatim yang meliputi 9 daerah dalam negeri Selangor ini setiap tahun.
Infaq Dana Anak Yatim diperlukan setiap tahun bagi membiayai keperluan anak-anak yatim di 9 daerah Negeri Selangor seperti pemberian wang saku hari raya, pemberian barang keperluan asas persekolahan (Baju, Beg, Kasut dan Alat Tulis) dan pembangunan modal insan anak-anak yatim (Kursus Jati Diri, Kursus Motivasi Dan Kursus Intensif Peperiksaan).
Wang Saku Hari Raya
Keperluan Asas Persekolahan
Pembangunan Modal Insan
Setiap sumbangan anda layak mendapat pelepasan cukai di bawah subseksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967
(No LHDN, 01/35/42/51/179-6-7622)