Skip to content

Infaq Dana Musibah

Sumbangan yang diterima akan disalurkan kepada golongan terjejas akibat bencana alam seperti banjir, tanah runtuh dan lain-lain dalam bentuk kewangan dan barangan keperluan asas.

YIDE bantu mangsa bencana
Yide sampaikan bantuan kepada mangsa bencana

Kita sering mendengar berita mengenai berlakunya bencana alam dan malapetaka yang diluar jangkauan. Segala harta benda musnah dalam sekelip mata, malahan turut mengorbankan jiwa.

Belum pun sempat untuk mereka kembali berdiri, gelombang kedua datang membadai. Pastinya ujian yang berterusan ini adalah satu yang sangat berat untuk mereka hadapi.

Warga emas dan golongan B40 adalah antara golongan yang menghadapi masalah yang sangat besar dalam pemulihan ini.

Setiap tahun Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) akan mengulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa bencana dan musibah yang menjejaskan kehidupan seharian mereka.

Setiap ringgit sumbangan anda akan terus disalurkan kepada mangsa bencana dan musibah ini khususnya yang berada di dalam negeri Selangor.

Jumlah dana terkumpul RM570,000 (31 Julai 2024)
Baki diperlukan RM430,000 57%

Setiap sumbangan anda layak mendapat pelepasan cukai di bawah subseksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967

(No LHDN, 01/35/42/51/179-6-7622)