Skip to content

Infaq Dana Dialisis

Infaq Dana Dialisis bertujuan mengumpul sumbangan orang ramai bagi membiayai kos rawatan pesakit dialisis yang kurang berkemampuan, membiayai ujian darah serta ubat ubatan dan juga menyediakan peralatan klinikal untuk kegunaan pesakit dialisis.

Pusat Dialisis MAIS
Pusat Dialisis MAIS

Jumlah pesakit buah pinggang semakin meningkat dari tahun ke tahun dan kos rawatan dialisis juga antara kos  rawatan yang tinggi di mana setiap pesakit perlu mendapatkan rawatan 3 kali seminggu. Sebahagian besar dari mereka terdiri dari golongan kumpulan B40 dan kurang berkemampuan. 

Adalah menjadi rutin pesakit buah pinggang untuk hadir mendapatkan rawatan setiap sesi memandangkan rawatan ini merupakan salah satu kaedah membantu kelangsungan kesihatan mereka yang mengalami degenarative decease.

YIDE mengambil inisiatif untuk membantu memberi rawatan dialisis ini kepada pesakit-pesakit buah pinggang yang memerlukan di keenam-enam Pusat Dialisis MAIS (PDM) di bawah seliaan YIDE di negeri Selangor.

  • PDM Cawangan Shah Alam
  • PDM Cawangan Bukit Jelutong
  • PDM Cawangan Kapar
  • PDM Cawangan Sungai Besar
  • PDM Cawangan Kuala Selangor
  • PDM Cawangan Taman Melawati

Sebanyak RM500,000 diperlukan setiap tahun bagi membiayai kos rawatan pesakit dialisis yang kurang berkemampuan dan membiayai ujian darah serta ubat ubatan yang diperlukan oleh setiap pesakit.

Selain itu juga, infaq yang diberikan oleh orang ramai juga akan digunakan untuk membeli mesin-mesin hemodialisis dan peralatan klinikal yang telah rosak untuk digantikan dengan yang baru.

6 buah

jumlah cawangan yang dikendalikan

266 orang

jumlah pesakit buah pinggang 2024

RM500,000

diperlukan setiap tahun

Jumlah dana terkumpul RM196,320 (31 Julai 2024)
Baki diperlukan RM303,680 39%

Setiap sumbangan anda layak mendapat pelepasan cukai di bawah subseksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967

(No LHDN, 01/35/42/51/179-6-7622)