Infaq Dana – Dialisis
RM8,069 of RM500,000 raised
YIDE mempunyai 6 cawangan Pusat Dialisis MAIS yang meliputi beberapa daerah di Negeri Selangor seperti Pusat Dialisis MAIS Cawangan Shah Alam, Cawangan Bukit Jelutong, Cawangan Kapar, Cawangan Sungai Besar, Cawangan Kuala Selangor dan Cawangan Taman Melawati.
Sebanyak RM 500,000.00 diperlukan setiap tahun bagi membiayai kos kos rawatan bagi pesakit dialisis yang kurang berkemampuan dan membiayai ujian darah serta ubat ubatan yang diperlukan oleh setiap pesakit.
Selain itu juga, infaq yang diberikan oleh orang ramai juga akan digunakan untuk membeli mesin-mesin hemodialisis dan peralatan klinikal yang telah rosak untuk digantikan dengan yang baru.