Jawatan : EKSEKUTIF MULTIMEDIA & DIGITAL

TERKINI – HEBAHAN JAWATAN KOSONG
.
Jawatan : EKSEKUTIF MULTIMEDIA & DIGITAL
.
YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN (YIDE) mempelawa calon-calon warganegara Malaysia yang mempunyai kebolehan dan memenuhi kelayakan dengan penghasilan kerja berprestasi tinggi bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :
.
Syarat Lantikan :
.
• Memiliki kelulusan Ijazah atau Diploma dalam bidang Komunikasi, Pengajian Media, Multimedia Kreatif, Teknologi Kreatif atau bidang berkaitan yang diiktiraf MQA dari Institusi-institusi pengajian tinggi tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau setarf dengan kelayakan profesional dalam bidang media digital atau pemasaran.
• Minimum 2-3 tahun pengalaman dalam bidang multimedia, pemasaran digital, atau kreatif.
• Berpengalaman dalam penghasilan kandungan digital seperti video pendek, poster, infografik, dan bahan promosi.
• Mahir dengan platform pemasaran digital seperti Facebook Ads, Instagram, TikTok, YouTube dan Kreatif serta mampu menghasilkan idea baru untuk meningkatkan engagement serta awareness jenama.
• Mempunyai kemahiran analitikal yang kuat dan berkeupayaan untuk bekerja secara bebas dengan pengawasan yang minimum.
• Berkeupayaan untuk menguruskan masa, proaktif dan menepati tarikh akhir.
.
CARA MEMOHON :
.
1) Muat turun dan cetak Borang Permohonan Jawatan Kosong daripada Laman Web rasmi Yayasan Islam Darul Ehsan : https://www.yide.com.my
2) Isi borang dan sertakan satu salinan Resume, kad pengenalan, salinan sijil-sijil berkaitan dan satu keping gambar berukuran passport.
3) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar melalui email : hr@yide.com.my atau pos selewat-lewatnya sebelum atau pada 14 Februari 2026, kepada :
.
PENGURUS BESAR,
YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN (YIDE),
NO. 3, JALAN KELULI AM7/AM,
PUSAT PERNIAGAAN BUKIT RAJA, SEKSYEN 7,
40000 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN.
.
CATATAN AM :
.
1) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
2) Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tempoh 3 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
3) Hanya calon-calon yang berjaya dalam urusan temuduga akan dimaklumkan.
