Skip to content

CERAMAH EKSKLUSIF YIDE – ANCAMAN SCAMMER TERMASUK DERMA, DI ALAF DIGITAL

28 November 2025, Shah Alam – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah hadir dan menyokong penganjuran Ceramah Eksklusif YIDE bertajuk “Ancaman Scammer Termasuk Derma di Alaf Digital” oleh Tuan Rahmat Fitri Abdullah, ASP Bersara Pegawai Kanan PDRM/Duta Scam PDRM yang telah berlangsung di Pentas Utama, Dataran Karnival Shah Alam, Selangor sempena International Halalvibes Selangor 2025 hari ini.
.
Ceramah ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pelbagai bentuk penipuan digital yang semakin berleluasa, termasuk penipuan melibatkan kutipan derma. Program ini telah berjaya menarik kehadiran ramai pengunjung yang prihatin terhadap isu keselamatan digital.
.
Turut hadir ke sesi ceramah ini ialah YBhg. Tuan Haji Mohd Salim bin Mohamed Sain, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YIDE dan YBrs. En. Nur Mohd Razali bin Abdullah, Pengurus Besar YIDE serta rakan-rakan sinergi pihak penganjur.
.
Ringkasan Pengisian Program:
* Penerangan mengenai ancaman scam digital terkini
* Perkongsian langkah perlindungan diri dan keluarga
* Pendedahan kes sebenar untuk meningkatkan kewaspadaan
* Sesi soal jawab bersama peserta
.
YIDE berharap program ini dapat memberikan manfaat yang besar serta meningkatkan tahap kesedaran masyarakat terhadap bahaya penipuan digital. Semoga usaha ini terus memperkukuh keselamatan komuniti dalam menghadapi cabaran era teknologi masa kini.