SUNGAI BULOH, 3 November 2025 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dengan kerjasama Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Paya Jaras Tengah telah melaksanakan Program Agihan Fidyah MAIS melibatkan golonga Warga Emas & Orang Kelainan Upaya (OKU) di sekitar Sungai Buloh.
.
Seramai 119 orang dalam kalangan warga Emas dan orang Kelainan Upaya (OKU) telah menerima sumbangan kewangan dan kotak makanan asas.
.
Program ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan YIDE dalam menyalurkan agihan fidyah dan sumbangan masyarakat kepada golongan yang memerlukan. Melalui pendekatan menyeluruh dan kerjasama pelbagai pihak, YIDE terus giat memperkasa jaringan kebajikan di seluruh negeri Selangor.
.
YIDE turut menyeru orang ramai agar terus membudayakan amalan infaq, sedekah dan zakat. Setiap sumbangan yang dihulurkan mampu memberi kesan besar kepada mereka yang memerlukan, terutamanya dalam situasi bencana dan kesusahan yang tidak diduga.
