Skip to content

Lawatan Tapak Projek Pembinaan Pusat Dialisis LZS-YIDE di Masjid Ar-Raudhah, Puncak Perdana

Pada Rabu, 8 Oktober 2025, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), Prof. Dr. Azreen Syazril Bin Adnan, bersama Pengurus Besar YIDE, YBrs. Nur Mohd Razali bin Abdullah, telah mengadakan lawatan tapak ke projek pembinaan Pusat Dialisis LZS-YIDE di Masjid Ar-Raudhah, Puncak Perdana. Turut hadir ialah Pengurus Bahagian Perancangan & Pengurusan YIDE, Encik Md. Arifin bin Jaafar, serta wakil Pengurusan Masjid Ar-Raudhah.
.
Lawatan ini bertujuan meninjau perkembangan semasa pembangunan projek yang kini telah mencapai 30% siap. Pasukan pelaksana turut berkongsi laporan kemajuan dan perancangan seterusnya bagi memastikan projek berjalan lancar mengikut jadual.
.
Projek pembangunan Pusat Dialisis LZS-YIDE ini melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM4.1 juta, dan kini baki dana berjumlah sekitar RM600,000 masih diperlukan bagi menampung kos pembinaan dan kelengkapan pusat berkenaan.
.
💚 Jom bersama menjayakan projek amal ini!
Sumbangan anda akan membantu menyediakan kemudahan rawatan dialisis kepada masyarakat yang memerlukan.
Klik pautan berikut untuk menyalurkan sumbangan:
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Â