PUSAT DIALISIS LZS-YIDE DI MASJID AR-RAUDHAH
PUNCAK PERDANA

Penubuhan pusat dialisis ini adalah bertujuan untuk membantu dan memberi rawatan hemodialisis kepada pesakit-pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang khususnya di kawasan Puncak Perdana dan di sekitar Shah Alam secara amnya.
Pembinaan pusat dialisis yang baharu ini akan menambah lagi kapasiti dalam menyantuni dan memberikan rawatan kepada lebih ramai pesakit buah pinggang serta menerima rawatan yang terbaik, mesra pelanggan dan berkualiti.
Melalui keputusan Mesyuarat ALPA Bil. 1/2023, telah bersetuju cadangan kerjasama strategik bagi membangunkan pusat dialisis baru di Masjid Ar-Raudhah, Puncak Perdana dengan Lembaga Zakat Selangor (MAIS). Pihak LZS turut memberikan modal awalan untuk pembangunan projek ini demi membantu asnaf di bawah tajaan LZS manakala Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) juga telah memperuntukkan dana melalui Wakaf Selangor Muamalat.
Untuk permulaan pengoperasian, Jumlah mesin dialisis adalah sebanyak 6 unit, yang boleh menampung seramai 36 orang pesakit yang akan menjalani rawatan hemodialisis sebulan. Kapasiti mesin boleh ditambah sehingga 12 unit mengikut jumlah pertambahan pesakit akan datang.
Pembangunan pusat dialisis ini dijangka siap sepenuhnya pada April 2026 dan beroperasi sepenuhnya pada Oktober 2026.
Kos keseluruhan pembangunan projek ini adalah berjumlah RM4.1 juta, baki dana yang diperlukan adalah sebanyak RM642,000.






SENARAI FASILITI
- Pusat Rawatan Dialisis (12 unit mesin dialisis)
- Kiosk / Ruang Kafe
- Bilik Kuliah
- Bilik Serbaguna
LOKASI PROJEK
Tanda Tempat (Landmark):
- Berdekatan UiTM Puncak Perdana.
- Lebuhraya DASH.
Lokasi Tapak Cadangan :
- Berada di sebelah kanan masjid.
- Dihubungkan dengan akses laluan pejalan kaki berbumbung daripada pintu utama masjid.
- Berdekatan dengan ruang parkir kereta.
Progres Pembinaan Pusat Dialisis Puncak Perdana
Setiap sumbangan anda layak mendapat pelepasan cukai di bawah subseksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967
(No LHDN, 01/35/42/51/179-6-7622)