Skip to content


KOMPLEKS ASRAMA ANAK YATIM PULAU INDAH

Bangunan asrama dan pentadbiran Kompleks Anak Yatim Pulau Indah.

Kompleks ini sedang dibangunkan di PT161557, Persiaran Pulau Lumut, Taman Laguna Pulau Indah, Klang Bandar Diraja, Selangor Darul Ehsan dan direncanakan bagi menampung seramai 108 orang anak yatim lelaki pada satu-satu masa. Ianya dibangunkan dengan konsep Islamik Kontemporari diharapkan dapat membantu anak-anak yatim yang kurang berkemampuan dalam memastikan mereka menerima pendidikan dan infrastruktur yang sama dengan kanak-kanak seusia yang mempunyai keluarga.

Fasiliti-fasiliti utama yang disediakan di Kompleks Asrama Anak Yatim ini termasuklah:

  1. Blok Asrama Anak Yatim Lelaki
  2. Surau
  3. Dewan Serbaguna
  4. Gelenggang Permainan
  5. Arena Kiosk

Mengenai Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah

Pembangunan Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah ini dibangunkan di atas tanah yang diwakafkan oleh Central Spectrum (M) Sdn. Bhd. seluas 3.47 ekar dan sumbangan wakaf sebanyak RM5 juta.

Pada 19 Ogos 2019, DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan berangkat dan menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) pembinaan Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah di Selangor Bio Bay Show Gallery, Klang. MoU telah dimeterai antara Central Spectrum Sdn. Bhd., Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) sebagai manifestasi kesediaan untuk mewakafkan sebidang tanah seluas 3.477 ekar di Pulau Indah. Tanah ini akan dimanfaatkan bagi pembangunan Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah, lengkap dengan pembiayaan awal bagi pembinaan prasarana. Majlis menandatangani MoU ini disaksikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, sebagai simbol sokongan diraja terhadap inisiatif kebajikan ini.
 

Matlamat Penubuhan Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah

Melahirkan anak yatim kurang berkemampuan yang cemerlang dalam pendidikan, mempunyai sahsiah yang tinggi, serta berdaya saing, agar mereka dapat menyumbang khidmat kepada ummah pada masa hadapan.

Fasa Pembinaan & Pengoperasian Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah

Fasiliti Kompleks Anak Yatim

Blok Asrama

Bangunan Pentadbiran 

Surau

Dewan Serbaguna

Dewan Makan

Arena Kiosk

Gelanggang Permainan

Progres Pembinaan Kompleks Anak Yatim

Progres Pembinaan Tahun 2023

Progres Pembinaan Tahun 2024

Progres Pembinaan Tahun 2025 – Januari

Progres Pembinaan Tahun 2025 – Februari

Progres Pembinaan Tahun 2025 – Mac

Progres Pembinaan Tahun 2025 – April

Progres Pembinaan Tahun 2025 – Mei

Progres Pembinaan Tahun 2025 – Jun

Progres Pembinaan Tahun 2025 – Julai

Jumlah dana terkumpul RM11.9 juta (31 Julai 2025)
Baki diperlukan RM5.1 juta 70%

Sumbangan Pembangunan Kompleks

Setiap sumbangan anda layak mendapat pelepasan cukai di bawah subseksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967

(No LHDN, 01/35/42/51/179-6-7622)

“Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua jari ini (Nabi SAW mengisyaratkan dengan dua jari Baginda SAW) di syurga”. (Riwayat Muslim no. 2983).