Skip to content

JELAJAH PBT 2025: KEBERSAMAAN & KEPRIHATINAN ANAK-ANAK YATIM YIDE DI MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM

24 Julai 2025, Shah Alam – Yayasan Islam Darul Darul Ehsan telah mengadakan siri ketiga perkongsian dan taklimat mengenai ‘Kebersamaan & Keprihatinan Terhadap Anak-Anak Yatim Di Negeri Selangor’ bersama warga kerja Majlis Bandaraya Shah Alam hari ini.
.
Taklimat yang disampaikan oleh Saudara Mohd Akmal Hafsyam, Pengurus Korporat YIDE menyentuh peranan YIDE dan kerbersamaan masyarakat untuk sama-sama mencakna kelangsungan kebajikan anak-anak yatim di Selangor khususnya untuk menyokong inisiatif-inisiatif YIDE untuk memastikan keperluan kebajikan, pembangunan kendiri dan pendidikan terus terbela melalui Skim Potongan Gaji secara bulanan.
.
Semoga program Jelajah PBT Selangor 2025 ini dapat memperkukuhkan jalinan sinergi yang berterusan demi harapan masa depan anak-anak yatim khususnya di negeri Selangor.
.