Skip to content

YIDE DI KARNIVAL KERJAYA MYFUTUREJOBS@KONVENSYEN KERJAYA@WANITA 2025  

28 Jun 2025 | Shah Alam Convention Center (SACC)
.
Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) hari ini turut serta dalam Program Karnival Kerjaya anjuran MYFutureJobs yang berlangsung di SACC, Shah Alam. Penyertaan ini merupakan inisiatif YIDE untuk membuka peluang kerjaya kepada orang ramai, khususnya mereka yang berkelayakan dan bersemangat untuk menyumbang dalam bidang kebajikan dan kemasyarakatan. Ini adalah platform terbaik untuk meneroka potensi dan membina masa depan dalam organisasi yang berteraskan nilai ihsan dan amal.
.
Turut meluangkan masa mengunjungi reruai YIDE ialah YB Puan Anfaal binti Saari, EXCO Pembangunan Wanita & Kebajikan Masyarakat Selangor. Beliau diberi penerangan mengenai pelbagai inisiatif semasa YIDE termasuklah khidmat rawatan dialisis melalui Pusat Dialisis MAIS serta perkembangan pembinaan Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah, yang dijangka siap sepenuhnya menjelang hujung Januari 2026.