Skip to content

KUNJUNGAN HORMAT YIDE KE MADAD

30 April 2025, Sungai Petani – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) mengadakan kunjungan hormat ke Murtadha Dakwah Center (MADAD) bagi tujuan bertukar-tukar maklumat mengenai struktur organisasi serta membincangkan potensi kerjasama dalam pelbagai bidang.
.
YIDE percaya bahawa kedua-dua organisasi mempunyai objektif yang seiring dalam memperkasakan komuniti, khususnya dalam membangunkan kebajikan golongan sasar dan meningkatkan kualiti hidup melalui program pendidikan dan sosial.
.
Pada masa yang sama delegasi YIDE turut dibawa melawat fasiliti-fasiliti komuniti di Kompleks MADAD sebagai panduan penanda arasan.
.
Delegasi YIDE yang diketuai oleh YBrs. Tn. Haji Mohd Salim bin Mohd Sain, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YIDE dan YBrs. En. Nur Mohd Razali bin Abdullah, Pengurus Besar YIDE telah disambut oleh YBrs. Ustaz Muhammad Yaakob Yusra, Ketua Pegawai Operasi MADAD. Turut serta dalam kunjungan hormat tersebut adalah tim Bahagian Korporat Dan Bahagian Operasi Kebajikan YIDE.