
Shah Alam, 16 April 2025 – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah mengadakan sesi kunjung hormat ke atas Yang Amat Dihormati Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Bin Saidin, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bertempat di pejabat beliau di Majlis Agama Islam Selangor, Shah Alam.
.
Kunjungan ini bertujuan untuk:
i) Mengukuhkan jalinan silaturrahim serta memperkenalkan barisan pengurusan tertinggi YIDE yang bertanggungjawab menggerakkan pelbagai inisiatif kebajikan untuk manfaat golongan sasar.
ii) Berkongsi maklumat berkaitan fungsi dan peranan YIDE sebagai sebuah institusi kebajikan di bawah seliaan MAIS, khususnya dalam menyantuni anak-anak yatim, menyediakan perkhidmatan rawatan dialisis kepada pesakit buah pinggang, serta memberi bantuan awal kepada mangsa musibah dan bencana di Negeri Selangor.
iii) Membincangkan potensi kolaborasi strategik dan daya sinergi bersama MAIS dalam memperkasa inisiatif kebajikan yang lebih menyeluruh dan berimpak tinggi kepada masyarakat.
.
Delegasi YIDE diketuai oleh YBrs. En. Nur Mohd Razali bin Abdullah, Pengurus Besar YIDE, bersama barisan pengurusan daripada Bahagian Perancangan & Pengurusan, Kewangan, Korporat, Operasi Kebajikan, serta Operasi Dialisis.
.
Semoga kunjungan ini menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih erat dan berterusan demi memperluas jaringan kebajikan di Selangor.