Skip to content

YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN (YIDE) SEGERA MENYANTUNI MANGSA RIBUT DI SEKINCHAN, SELANGOR

SEKINCHAN, 6 Mac – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) segera menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga yang ditimpa musibah angin ribut.

Kejadian angin ribut telah menyebabkan berlaku puting beliung yang menyebabkan beberapa rumah serta sebuah sekolah mengalami kerosakan pada bahagian atap dan barangan rumah. Kejadian jam 7.00 pagi selepas hujan lebat tersebut menggusarkan mangsa dan keadaan mula menjadi reda serta beransur pulih selepas itu. Dilaporakan tiada penduduk yang cedera akibat kejadian tersebut.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh En Muhammad Zubair selaku Pengurus Operasi Kebajikan YIDE dan En Haizan selaku Eskekutif Kebajikan YIDE kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

YIDE menasihatkan agar masyarakat berjaga-jaga dikala cuaca tidak menentu agar tiada perkara buruk menimpa.

Terima kasih diucapkan kepada orang ramai atas keprihatinan yang diberikan