Skip to content

PROGRAM TAKLIMAT KUPON INFAQ YATIM YIDE 2025 BERSAMA KETUA PENOLONG AMIL FITRAH DI DAERAH KUALA LANGAT

PROGRAM TAKLIMAT KUPON INFAQ YATIM YIDE 2025 BERSAMA KETUA PENOLONG AMIL FITRAH DI DAERAH KUALA LANGAT

9 Februari 2025, Kuala Langat – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah berjaya menganjurkan Program Taklimat Kupon Infaq Yatim 2025 serta sesi temu mesra bersama Ketua-ketua Penolong Amil Fitrah di daerah Kuala Langat. Program yang berlangsung di Masjid As Solihin, Kanchong Darat, Banting ini bertujuan untuk memberi penerangan tentang pentingnya Infaq kepada anak-anak yatim di bawah seliaan YIDE.

Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Zabidi Azhar, Eksekutif Dakwah & Pemasaran YIDE. Beliau berkongsi usaha bersama dalam menggerakkan Infaq bagi memberi manfaat kepada anak-anak yatim, melalui dua pilihan mudah – Buku Kupon Infaq secara tunai atau Kupon Infaq Digital, yang memudahkan sumbangan dari seluruh masyarakat.

Bagi mereka yang berada di daerah Kuala Langat dan ingin melaksanakan Infaq khas untuk anak-anak yatim, Amil-amil yang dilantik di setiap zon masjid sepanjang bulan Ramadan 1446H yang akan datang sedia membantu.

YIDE ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha kita semua dapat memberikan manfaat yang besar kepada anak-anak yatim di negeri Selangor. Mari kita bersama-sama memberi sumbangan demi kebajikan mereka.