Skip to content

PROGRAM KESEDARAN PDPA YIDE BERSAMA JABATAN PERLINDUNGAN PERIBADI

PROGRAM KESEDARAN PDPA YIDE BERSAMA JABATAN PERLINDUNGAN PERIBADI

15 Mac 2024 (Jumaat) Bersamaan 4 Ramadhan 1445H – Bahagian Audit Dalam, Risiko Dan Integriti (BADRI) Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) Agensi Majlis Agama Islam (MAIS) telah menganjurkan Program Kesedaran (Awareness) PDPA YIDE Bersama Jabatan Perlindungan Data Peribadi yang melibatkan Pengurusan YIDE, Ketua-Ketua Jururawat Pusat Dialisis MAIS (PDM) dan Kakitangan YIDE dijalankan secara fizikal dan atas talian.
.
Ceramah PDPA telah disampaikan oleh YBrs. Encik Urwah Bin Shaari (Ketua Penolong Pengarah Unit Penilaian Risiko I).
.
Program Ini turut dihadiri YBhg. Prof. Dr. Mohd Nazri Bin Kama, Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Data Peribadi, YBrs. Encik Nur Mohd Razali Bin Abdullah, Pengurus Besar YIDE dan warga kerja YIDE.