MAJLIS SUMBANGAN HARI RAYA KEPADA ANAK-ANAK YATIM BERSAMA D.Y.T.M. RAJA MUDA SELANGOR (DAERAH HULU SELANGOR)
23 March 2024
Aktiviti & Hebahan
Anak Yatim
Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah
23 Mac 2024, Hulu Selangor – YIDE menyantuni anak-anak yatim di Daerah Hulu Selangor di Majlis Sumbangan Hari Raya Kepada Anak-Anak Yatim Di Negeri Selangor Bersama Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.
.
Majlis yang berlangsung di Masjid Nurul Iman, Serendah telah menyaksikan penyerahan sumbangan tunai Hari Raya kepada 405 anak-anak yatim di daerah Hulu Selangor yang disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.
.
D.Y.T.M. Raja Muda Selangor juga telah berkenan untuk menyerahkan watikah lantikan kepada 3 orang Ketua Sahabat Prihatin YIDE (K-SPY) yang berperanan membantu dan menyokong YIDE untuk mengenalpasti anak-anak yatim baharu untuk disantuni di daerah masing-masing.
.
Begitu juga, peranan mereka untuk membantu YIDE dari segi pengumpulan dana sumbangan melalui program Kupon Infaq Yatim YIDE 2024 yang sedang berlangsung di 9 daerah di negeri Selangor sepanjang bulan Ramadan ini.
