PENYERAHAN SIJIL PERAKUAN PENDAFTARAN PEMPROSESAN DATA PERIBADI (KATEGORI KESIHATAN) KEPADA YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN (YIDE) DI MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN HARI RAYA KEPADA ANAK-ANAK YATIM BERSAMA D.Y.T.M RAJA MUDA SELANGOR DI DAERAH SEPANG
24 March 2024
Aktiviti & Hebahan
Dialisis
Program
Umum
24 Mac 2024 – YIDE telah menerima serahan Sijil Perakuan Pendaftaran Pemprosesan Data Peribadi (Kategori Kesihatan) daripada YBrs. Profesor Dr. Mohd Nazri bin Kama, Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) merangkap Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi. Penyerahan ini telah disempurnakan YBhg. Tan Sri Mazlan bin Mansor, Pengerusi YIDE dan disaksikan oleh D.Y.T.M Raja Muda Selangor di Majlis Penyerahan Sumbangan Hari Raya Aidilfitri Kepada Anak-anak Yatim Daerah Sepang yang diadakan di Masjid Taman Putra Perdana.
.
YIDE telah berdaftar di bawah kategori kesihatan yang melibatkan enam Pusat Dialisis Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) iaitu di Bukit Jelutong, Kapar, Kuala Selangor, Sungai Besar, Taman Melawati dan Shah Alam.
.
Pada majlis ini, Baginda turut menyaksikan YIDE menerima sijil perakuan pendaftaran pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial kategori kesihatan daripada Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP).
.
Perakuan ini secara langsung dapat meningkatkan ketelusan dan kualiti pengurusan data peribadi kendalian YIDE termasuk data penyumbang, anak yatim berdaftar di bawahnya dan penerima bantuan umum lain.
