RERUAI YIDE DI HARI BERSAMA JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN ANJURAN PKNS
26 March 2024
Aktiviti & Hebahan
Anak Yatim
Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah
Program
Social
Umum
26 Mac 2024, Shah Alam – Yayasan Islam Darul Ehsan membuka reruai di program Hari Bersama Jabatan dan Agensi Kerajaan anjuran PKNS di Dewan Aster, Bangunan PKNS.
.
Hari ini para hadirin yang mengikuti program tersebut boleh berinfaq untuk anak-anak yatim di reruai YIDE. Para petugas YIDE siaga dengan Kupon Infaq Yatim yang bernilai RM2 setiap infaq.
.
Orang ramai yang ingin berinfaq bolehlah bertemu dengan petugas YIDE di Dewan Aster, Bangunan PKNS atau di mana-mana masjid di setiap daerah di negeri Selangor yang dikendalikan oleh Amil-amil lantikan LZS yang juga membantu YIDE membuat kutipan infaq bagi anak-anak yatim di negeri Selangor.
