“ALHAMDULILLAH, ANAK-ANAK SAYA MESTI BERTAMBAH SEMANGAT KE SEKOLAH DENGAN BAJU BARU NANTI”
26 March 2024
Aktiviti & Hebahan
Anak Yatim
Hebahan
Umum
HULU LANGAT, 26 MAC – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) segera turun menyampaikan sumbangan ‘Back to School’ kepada penjaga anak yatim bagi memenuhi keperluan dan kelengkapan persekolahan anak-anak mereka.
Kehilangan pekerjaan adalah suatu ujian yang berat bagi keluarga Puan Rini Azura dan Nurul Ridani kerana ia adalah sumber rezeki utama dalam menyediakan keperluan asas harian bagi anak-anak, lebih-lebih lagi apabila waktu permulaan sesi persekolahan yang baru bermula amat dekat dengan Hari Raya ‘Aidilfitri.
Sumbangan ‘Back to School’ telah disampaikan oleh En. Muhammad Zubair bin Azizan, Pengurus Operasi Kebajikan YIDE kepada kedua-dua keluarga.
