Skip to content

“SAYA REDHA DENGAN MUSIBAH INI, INSHA ALLAH ADA REZEKI LAIN NANTI”

“SAYA REDHA DENGAN MUSIBAH INI, INSHA ALLAH ADA REZEKI LAIN NANTI”

27 Mac 2024, Teluk Panglima Garang – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) segera menyampaikan sumbangan mangsa kebakaran melalui Sahabat Prihatin YIDE (KSPY) kepada En. Mohamad Reza Abdul Jalil.
.
Musibah kebakaran tersebut berlaku akibat daripada pembakaran secara terbuka berhampiran dengan stor simpanan peralatan barang pasar miliknya menyebabkan kerosakan alatan perniagaan, sebahagian dinding rumah dan beberapa bahagian cermin lori miliknya pecah.
.
Sumbangan musibah kebakaran tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Faidzul Fahmi dan Ustaz Azuan selaku Sahabat Prihatin YIDE (SPY).