SAHABAT PRIHATIN YIDE (SPY) MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA MANGSA RIBUT DI KUANG
31 March 2024
Aktiviti & Hebahan
Bantuan Bencana
31 MAC, KUANG – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) melalui Sahabat Prihatin YIDE (SPY) segera menyampaikan sumbangan kepada mangsa ribut Pn. Siti Solehah Othman yang tinggal di Kuang, Rawang.
.
Menurut Pn. Siti Solehah, beliau yang kini tinggal berseorangan setelah kematian ibu, kejadian berlaku sekitar jam 4:30 petang. Hujan amat lebat dan angin kencang telah menerbangkan keseluruhan bumbung rumah di waktu kejadian. Musibah itu turut menyebabkan kerosakan pada wayar elektrik dan barangan/peralatan dalam rumah.
.
En. Syafiq Suhaimi selaku Sahabat Prihatin YIDE (SPY) merangkap pengurus di Asrama Anak Yatim Damai, Kuang telah meyampaikan sumbangan wang tunai daripada YIDE kepada mangsa.
