Skip to content

YIDE SEGERA SANTUNI MANGSA KEBAKARAN PADA MALAM RAYA

YIDE SEGERA SANTUNI MANGSA KEBAKARAN PADA MALAM RAYA

9 April 2024, Taman Putra Perdana – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) melalui Sahabat Prihatin YIDE (SPY) segera menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di sini.
.
Menurut mangsa, En. Azsrul, kejadian berlaku jam 3.30 pagi yang berpunca dari litar pintas pada suiz utama. Ketika kejadian semua keluarga mangsa sedang tidur dan menyedarinya apabila terdengar bunyi pecahan kaca di ruang tamu.
.
Mangsa terkejut dan segera mengejutkan semua ahli keluarga untuk segera meninggalkan rumah tersebut sehingga kehadiran pihak bomba.
.
YIDE telah dimaklumkan kejadian tersebut, dengan kerjasama Tuan Haji Adnan Ali selaku Sahabat Prihatin YIDE (SPY) telah hadir dan menyantuni mangsa dengan sumbangan wang tunai bagi meringankan beban mangsa selain menzahirkan empati dan simpati di atas insiden yang berlaku. Tambahan pula mangsa dan keluarga dalam persediaan menyambut hari raya.