Skip to content

YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN (YIDE) ANJUR PROGRAM RUKHSAH SOLAT BAGI PESAKIT

.

YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN (YIDE) ANJUR PROGRAM RUKHSAH SOLAT BAGI PESAKIT

30 Mei, Rawang – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) anjur program rukhsah solat bagi pesakit bersama anak-anak yatim dan penghuni rumah kebajikan di Pertubuhan Kebajikan Ehsan As Shakur (PEKEAS).
.
Tujuan program ini diadakan adalah bagi memberikan pencerahan kepada penghuni rumah kebajikan mengenai tatacara dan kaifiyat ibadah solat bagi pesakit yang ditimpa musibah seperti kemalangan.
.
Pengisian ini amat penting bagi menunjukkan kewajipan solat bagi umat Islam yang perlu dilaksanakan walau dalam apa jua keadaan terutamanya bagi anak-anak yatim yang sedang meningkat dewasa. Program berjalan dengan baik dan mendapat respon yang menggalakkan daripada peserta apabila aktiviti kuiz dan praktikal dilakukan.