YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN (YIDE) HULUR BANTUAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN DI PAYA JARAS
06 June 2024
Aktiviti
Aktiviti & Hebahan
Bantuan Bencana
6 Jun, Paya Jaras – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) segera hulur bantuan kepada dua buah keluarga mangsa musibah kebakaran di Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor.
.
Mangsa iaitu Puan Aisah binti Harun dan Wardatul Isma Shamimi Abdul Kamal selaku mangsa memaklumkan telah menyedari kebakaran tersebut pada jam 6:00 petang. Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak berkuasa. Kebakaran menyebabkan kerosakan pada bahagian dalam rumah termasuk peralatan dan perabot.
.
Sumbangan tunai YIDE kepada kedua-dua keluarga magsa telah disampaikan oleh Puan Kamariah Biro Kebajikan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sk Sungai Plong, Sungai Buloh.
