Skip to content

YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN (YIDE) BANTU HULURKAN SUMBANGAN MAKANAN BASAH KEPADA RUMAH ANAK YATIM

YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN (YIDE) BANTU HULURKAN SUMBANGAN MAKANAN BASAH KEPADA RUMAH ANAK YATIM

14 Jun, Klang – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) bantu hulurkan sumbangan daging tetel pemberian oleh pengusaha Satay Kajang Hj Samuri kepada 32 buah Rumah Anak Yatim Selangor (RAYS) yang berdaftar di bawah YIDE.
Untuk makluman, sebanyak 32 buah Rumah Anak Yatim Selangor (RAYS) berdaftar di bawah YIDE menerima daging yang disumbangkan.
 
YIDE sebagai sebuah agensi bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bertanggungjawab dalam hal ehwal kebajikan anak-anak yatim di Negeri Selangor. Setiap RAYS menerima manfaat kewangan, kebajikan dan pembangunan untuk maslahah anak yatim.
Salah sebuah RAYS yang mendapat sumbangan tersebut adalah Pusat Jagaan Haneen Firdaus, Taman Sri Andalas Klang yang mempunyai 20 penghuni di peringkat sekolah rendah dan menengah.