YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN (YIDE) SEGERA TURUN & MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA MANGSA BANJIR LUMPUR
28 June 2024
Aktiviti
Aktiviti & Hebahan
Bantuan Bencana
28 Jun, Sungai Merab – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) turun menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir lumpur yang menetap di Desa Villa, Kg Sungai Merab.
.
Sebanyak 32 rumah telah dimasuki air banjir. Punca kejadian adalah disebabkan hujan lebat berterusan dan berkemungkinan daripada aliran air yang terdapat daripada kerja-kerja tanah.
.
Walaubagaimanapun, status air sudah surut dan kerja-kerja pembersihan sedang giat dijalankan.
.
Sumbangan disampaikan oleh Mohammad Haizan, Eksekutif Kebajikan YIDE bersama Muhammad Danial, Penolong Eksekutif Kebajikan YIDE kepada penduduk yang terlibat dalam musibah ini.
