Skip to content

KEMPEN BULAN ANAM YATIM : SELANGKAH KE UNIVERSITI

Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah menganjurkan program Selangkah ke Universiti melibatkan alumni anak yatim tingkatan tiga dan empat.
 
Program dilaksanakan sempena Kempen Bulan Anak Yatim bertujuan memberi pendedahan kepada alumni anak yatim merasai sendiri suasana di alam universiti disamping menarik minat mereka untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
 
Universiti Islam Selangor (UIS) menjadi destinasi lawatan disambut oleh Bahagian Pemasaran UIS. Peserta telah diberi taklimat serta motivasi oleh En Muzzaid Mazelan selaku Kaunselor merangkap Ketua Seksyen Usrah, Kaunseling & Kerjaya.
 
Disamping itu, peserta juga dibawa melawat fakulti-fakulti yang ada di UIS antaranya Fakulti Syariah & Undang-Undang, Fakulti Pengurusan & Muamalah, Fakulti Pengajian & Peradaban Islam, Fakulti Pendidikan, Fakulti Multimedia Kreatif & Komputeran dan Fakulti Sains Sosial.
 
Peserta juga dibawa ke Konti KUISFM bertujuan merasai sendiri pengalaman sebagai penyampai radio.
YIDE berharap program seumpama ini dapat dilaksanakan lebih kerap seterusnya memberi pilihan kepada anak yatim UIS sebagai universiti pilihan selepas SPM seterusnya dapat melahirkan generasi Rabbani khususnya dari kalangan anak yatim.