BULAN ANAK YATIM : JAULAH ANAK YATIM NEGERI SELANGOR KE TASIK PUTRAJAYA DAN KOMPLEKS NASYRUL QURAN
19 September 2024
Aktiviti
Aktiviti & Hebahan
Anak Yatim
19 September, Putrajaya – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah mengadakan Program Jaulah Anak-anak Yatim Negeri Selangor bersempena Kempen Bulan Anak Yatim 2024.
Â
Program ini bertujuan untuk meraikan dan mengisi waktu cuti persekolahan anak-anak yatim dengan aktiviti yang bermanfaat seperti aktiviti menaiki Cruise di Tasik Putrajaya dan lawatan ilmu ke Kompleks Nasyrul Quran Putrajaya.
Â
Sepanjang menaiki Cruise peserta berselawat beramai-ramai bagi memperingati junjungan besar baginda Nabi Muhammad SAW selain itu juga mereka diberi penerangan bangunan yang ada di sekitar Tasik Putrajaya yang bercirikan seni bina berkonsepkan islamik sepanjang menyelusuri Tasik Putrajaya.
Â
Peserta juga berpeluang menimba ilmu dan mendengar pengisian mengenai usaha-usaha pemeliharaan al-Quran di Kompleks Nasyrul Quran Putrajaya. Perkara ini amat penting sebagai suatu pendedahan mengenai kepentingan memelihara dan beramal dengan al-Quran khususnya bagi seorang muslim.
Â
YIDE juga turut menyerahkan sumbangan kepada semua peserta yang hadir.
Â
Diharapkan program yang dijalankan memberi kebaikan kepada anak-anak yatim khususnya dalam membentuk seorang muslim yang baik.
