
BULAN ANAK YATIM : YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN (YIDE) KOMITMEN MEMBANTU KELENGKAPAN INFRASTRUKTUR RUMAH ANAK YATIM (RAY)
30 September 2024
Aktiviti
Aktiviti & Hebahan
Anak Yatim
Uncategorized



30 September 2024, Kuala Langat – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) komitmen dan prihatin dalam memenuhi keperluan dan kelengkapan infrastruktur Pertubuhan Rumah Anak Yatim Miskin Daerah Kuala Langat.
.
Aspek keselamatan adalah suatu perkara yang amat dititikberatkan dalam menyediakan ruang dan tempat tinggal bagi anak yatim supaya mereka terhindar daripada sebarang bahaya dan kejadian yang tidak diingini. YIDE sebagai agensi di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang bertanggungjawab dalam mengurus, menyelia dan membantu kebajikan anak-anak yatim di Negeri Selangor. YIDE berperanan membantu menaja kos pembinaan tangga keselamatan kepada Pertubuhan Rumah Anak Yatim Miskin Daerah Kuala Langat seperti yang disyaratkan oleh Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (JBPM).
.
Sumbangan tangga keselamatan berjumlah RM 14,400.00 telah disempurnakan oleh En. Muhammad Zubair bin Azizan, Pengurus Operasi Kebajikan YIDE kepada Tuan Haji Saari Bin Jobo, Naib Yang Dipertua 2, Pertubuhan Rumah Anak Yatim Miskin Daerah Kuala Langat.
.
YIDE amat menggalakkan sumbangan Tuan/Puan dalam membantu anak-anak yatim dan rumah kebajikan anak yatim samaada dalam bentuk sumbangan kebajikan, pelajaran atau infrastruktur rumah kebajikan.