Skip to content

Penting

KELULUSAN KUTIPAN DANA / SUMBANGAN

Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) memperolehi Kelulusan Pendaftar/Menteri Bagi Mendapat Sumbangan Di Bawah Seksyen 45 Akta Syarikat 2016, dan dibenarkan untuk menjalankan aktiviti untuk mendapatkan sumbangan dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh kelulusan Pendaftar/Menteri pada 9 November 2023.

KELULUSAN POTONGAN CUKAI LHDN

Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) juga memperolehi Kelulusan Potongan Cukai Di Bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendaftaran 1967 (ACP 1967) Berkuatkuasa pada 15 November 2024 sehingga 14 November 2027 (3 tahun) dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), (No. Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.7622).

PERAKUAN PENDAFTARAN PEMPROSESAN DATA PERIBADI

Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) juga memperolehi Sijil Perakuan Pendaftaran Pemprosesan Data Peribadi Dalam Transaksi Komersial (PDPA) Kategori Kesihatan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP).

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 merupakan Akta untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial.

Sijil Perakuan Pendaftaran Pemprosesan Data Peribadi Dalam Transaksi Komersial (PDPA) ini juga akan terpakai untuk data anak-anak yatim di bawah seliaan YIDE.

SIJIL PDPA

AKREDITASI MSQH

Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) turut memperolehi pengiktirafan dari Malaysian Society For Quality in Health (MSQH) yang juga diiktiiraf oleh Kementerian Kesihatan sebagai badan akreditasi negara di Malaysia yang memberikan pensijilan kepada mana-mana hospital (kerajaan atau swasta), klinik-klinik kesihatan dan pergigian juga pusat dialisis bagi Pusat Dialisis MAIS Bukit Jelutong pada 25 Disember 2022.