Skip to content

YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN (YIDE) SANTUNI MANGSA BANJIR DI SEPANG

SEPANG, 28 November 2025 – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah menyantuni 5 keluarga di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Dewan MPKK Kampung Labu Lanjut dan 25 keluarga di PPS Sekolah Kebangsaan Salak.
.
Sebagai tanda keprihatinan, Encik Tan Nasrullah Zhong bin Abdullah, Penolong Eksekutif Kebajikan YIDE, turun padang menyampaikan sumbangan Pek Prihatin melibatkan keperluan harian seperti selimut, tuala, baju T-shirt, sabun mandi, kain pelikat, kain batik, ubat gigi dan berus gigi kepada mangsa banjir.
.
PPS Labu turut mendapat kerjasama daripada pegawai JKM, Mohd Syakirin bin Rahatan, manakala di PPS SK Salak, kerjasama diberikan oleh Puan Lyn D’ Amor Buquing.
.
YIDE turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) dan semua agensi atas bantuan, komitmen serta kerjasama mereka dalam memastikan keselamatan dan kelancaran urusan di PPS.
.
YIDE mendoakan agar semua yang terkesan diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini, serta dipermudahkan segala urusan mereka.
.
YIDE juga mengajak masyarakat untuk terus membudayakan amalan infaq dan sedekah, kerana setiap sumbangan mampu menjadi sinar harapan buat mereka yang memerlukan.