Skip to content

YIDE DI KARNIVAL ZAKAT SELANGOR 2025

Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) turut serta di Karnival Zakat Selangor 2025 sebagai salah satu usaha menyebarkan maklumat mengenai inisiatif santunan kebajikan YIDE kepada masyarakat.
.
Di reruai YIDE, para pengunjung berpeluang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai:
👶 Program menyantuni anak-anak yatim di Selangor
💚 Khidmat rawatan dialisis untuk pesakit buah pinggang di Pusat Dialisis MAIS di bawah seliaan YIDE.
🏚️ Bantuan kepada mangsa-mangsa musibah di seluruh Negeri Selangor
🏫 Pembangunan Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah yang bakal menjadi pusat kecemerlangan anak yatim bagi melahirkan generasi cemerlang dunia dan akhirat.
.
📅 27 – 29 November 2025
📍 Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam
.
Jom singgah ke reruai YIDE!
Sama-sama kita hayati usaha kebajikan, rebut peluang infaq, dapatkan maklumat pendaftaran anak yatim, dan ketahui program-program yang digerakkan bagi menjaga kebajikan mereka.