Skip to content

YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN IRINGI PENGERUSI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS) SANTUNI DAN AGIH SUMBANGAN KEPADA MANGSA BANJIR DI KLANG

SUNGAI KANDIS 27 November 2025 – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) terus komited membantu masyarakat yang terkesan dengan musibah banjir melalui penyerahan sumbangan di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sekitar Selangor.
.
Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) mengiring Pengerusi MAIS, YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin, Pengerusi MAIS menyampaikan sumbangan Kotak Makanan Fidyah MAIS kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Dewan MBSA, Sungai Kandis, manakala YIDE juga telah menyampaikan sumbangan berupa Pek Prihatin YIDE melibatkan keperluan harian seperti selimut, tuala, baju t-shirt, sabun mandi, kain pelikat, kain batik, ubat gigi dan berus gigi kepada mangsa banjir.
.
YIDE turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Ketua Kampung dan semua agensi atas bantuan, komitmen serta kerjasama mereka dalam memastikan keselamatan dan kelancaran urusan di PPS.
.
YIDE mendoakan agar semua yang terkesan diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini, serta dipermudahkan segala urusan mereka.
.
YIDE juga mengajak masyarakat untuk terus membudayakan amalan infaq dan sedekah, kerana setiap sumbangan mampu menjadi sinar harapan buat mereka yang memerlukan.