Skip to content

YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN BERSAMA SETIAUSAHA MAIS SANTUNI MANGSA BANJIR DI SHAH ALAM

SHAH ALAM, 26 November 2025 – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) terus komited menyantuni masyarakat yang terkesan akibat banjir melalui penyerahan bantuan di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sekitar Negeri Selangor.
.
YIDE turut mengiringi YBhg. Tuan Haji Mohd Sabirin bin Mohd Sarbini, Setiausaha MAIS bagi menyerahkan Kotak Makanan Fidyah MAIS kepada mangsa banjir di PPS Masjid Al-Falah, Kampung Budiman, Shah Alam.
.
Selain itu, YIDE juga mengagihkan Pek Prihatin YIDE yang mengandungi keperluan harian seperti selimut, tuala, t-shirt, sabun mandi, kain pelikat, kain batik serta kit kebersihan diri.
.
YIDE merakamkan penghargaan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Ketua Kampung serta semua agensi yang terlibat atas komitmen mereka memastikan keselamatan dan kelancaran operasi di PPS yang terlibat.
.
Semoga semua mangsa yang terkesan dikurniakan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan.
.
YIDE turut mengajak masyarakat untuk terus mengamalkan budaya infaq dan sedekah, kerana setiap sumbangan mampu menjadi sinar harapan untuk mereka yang memerlukan