Skip to content

YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN MENYANTUNI MANGSA BANJIR DI PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS) DI DEWAN SRI BERNAM, DEWAN SRI SKINCHAN, PUSAT PERKHIDMATAN JKKK KAMPUNG JAYA SETIA, BESTARI JAYA & DEWAN BAKAWALI SEKSYEN 35, KLANG

SELANGOR, 24 November 2025 – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) terus komited membantu masyarakat yang terkesan dengan musibah banjir melalui penyerahan sumbangan di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sekitar Selangor.
.
Antara PPS yang terlibat ialah:
.
Dewan Sri Bernam – 12 keluarga
Dewan Sri Skinchan – 7 keluarga
Pusat Perkhidmatan JKKK Kampung Jaya Setia, Bestari Jaya – 2 keluarga
Dewan Bakawali, Seksyen 35, Klang – 30 keluarga
.
Program bantuan ini dijalankan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) lokasi terlibat serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam memastikan penyelarasan bantuan berjalan lancar.
.
Sebagai tanda keprihatinan, Encik Muhammad Zubair bin Azizan, Pengurus Operasi Kebajikan YIDE, dan Encik Tan Nasrullah Zhong bin Abdullah, Penolong Eksekutif Kebajikan YIDE, turun padang menyampaikan sumbangan berupa Pek Prihatin YIDE kepada mangsa banjir.
.
YIDE turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Angakatan Pertahanan Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan RELA atas bantuan, komitmen serta kerjasama mereka dalam memastikan keselamatan dan kelancaran urusan di PPS.
.
YIDE mendoakan agar semua yang terkesan diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini, serta dipermudahkan segala urusan mereka.
.
YIDE juga mengajak masyarakat untuk terus membudayakan amalan infaq dan sedekah, kerana setiap sumbangan mampu menjadi sinar harapan buat mereka yang memerlukan.