KUNDANG – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) terus komited membantu mereka yang diuji apabila sebuah keluarga di sini kehilangan rumah akibat kebakaran baru-baru ini. Kejadian yang menyayat hati memberi kesan yang sangat mendalam kepada keluarga tersebut yang kini berteduh sementara di rumah saudara terdekat sementara menunggu siasatan dan bantuan daripada agensi serta pihak berkuasa.
.
Bagi meringankan beban mereka, wakil YIDE iaitu En. Muhammad Zubair bin Azizan, Pengurus Operasi Bahagian Kebajikan YIDE segera turun padang menyantuni dan membuat penyerahan sumbangan kewangan serta Kit Prihatin YIDE yang mengandungi keperluan awal seperti baju, kain, selimut, tuala dan keperluan ameniti kepada mangsa musibah, Puan Norazian.
.
Dengan adanya bantuan sebegini ianya dapat meringankan beban keluarga berkenaan yang masih terkesan dengan kehilangan tempat untuk berteduh.
.
Puan Norazian turut meluahkan rasa sedih kerana terpaksa meninggalkan rumah pusaka yang didiaminya sejak kecil, namun beliau tetap tabah demi memastikan anaknya dapat meneruskan sesi peperiksaan sekolah yang sedang berlangsung dengan tenang walaupun berhadapan situasi mencabar.
.
YIDE ingin menyampaikan pesanan kepada masyarakat agar sentiasa peka dan meningkatkan kawalan keselamatan di rumah khususnya berkaitan sistem pendawaian letrik dan cara penggunaan bahan bakar seperti tong gas agar kejadian seumpama ini dapat dielakkan.
Â
Â
Â
Â
Â
Â
Â
Â
Â
Â
Â
