Skip to content

KUNJUNGAN HORMAT YIDE KEPADA DEKAN FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG, USIM

14 November 2025, Nilai – YIDE komited terhadap tadbir urus yang telus dan berintegriti berpandukan maqasid Syariah dengan membentuk Jawatankuasa Penasihat Syariah YIDE yang dianggotai oleh Y.A.D. Dato’ Setia Dr. Haji Anhar bin Haji Opir, Mufti Selangor sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Syariah YIDE dan 2 orang Ahli Jawatankuasa Penasihat Syariah YIDE iaitu YBhg. Tuan Haji Mohd Salim bin Mohamed Sain, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YIDE dan YBhg. Prof. Madya Abdul Manan bin Ismail, Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, USIM, bagi memastikan setiap tadbir urus, inisiatif dan program kelolaan YIDE sentiasa selaras dengan prinsip Syariah yang berwibawa.
.
Hari ini YIDE telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Prof. Madya Dr. Abdul Manan Ismail, Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di mana YBrs. En. Nur Mohd Razali bin Abdullah, Pengurus Besar YIDE, telah menyerahkan warkah pelantikan sebagai Ahli Jawatankuasa Penasihat Syariah YIDE kepada beliau.
.
Pelantikan secara langsung ini dapat memperkukuhkan tadbir urus Syariah YIDE serta meningkatkan keberkesanan pelaksanaan program-program berimpak tinggi yang berteraskan kebajikan dan kemasyarakatan.
.
YIDE merakamkan penghargaan atas kesediaan Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Penasihat Syariah YIDE dalam melangsungkan komitmen demi memacu kecemerlangan dan integriti YIDE sebagai institusi kebajikan di Negeri Selangor.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Â